Wednesday, 30 September 2015

#EnsiklopediaHiburan

 
Assalammualaikum and hello bello guys!
 
 
Tadi aku streaming youtube. Well since aku ada banyak masa terluang kan heeehee so uollss yang tengah 'bernafas bawah lumpur' tuh mohon jeles atas kelapangan masa yang I miliki yeww ahaks. Okey ignore aku gila sekejap. Ehemm. So at first aku tengoklah lagu-lagu english macam biasa such as Marvin Gaye by Charlie Puth ft Meghan Trainor *lagu nih best*, What Do You Mean by Justin Bieber, Locked Away by Adam Levine ft ntah aku lupa nama dia hahaha and so on lah. 
 
 
Bila dah bosan dengar lagu-lagu omputeh tuh then aku search pulak kartun best yang adiks aku selalu tengok tuh, Larva. Aku pun dah tangkap cintan dah dengan kartun tuh hahahaha. Yelah dah hari-hari duk tercongok tengok benda yang sama kan hihiks. Then aku tengok kartun Happy Tree Friends. Masya Allah gaiss, siryes aku cakap aku tak berapa suka kartun tuh. Yes memang kartun tuh comel gila, tapi KEJAM uollssss I tak berani dah nak tengok. Meremang bulu roma aku tau tengok benda tuh. Tak nak dah tengok tak nak tak nak . Taubat aku tengok Happy Tree Friends tuh.
 
 
Then aku search pulak ceramah-ceramah yang latest kat youtube tuh. Kan sekarang nih banyak ceramah through social media nih, well dai'e sekarang dah moden okey, dah ada banyak cara nak sampaikan dakwah diorang ^^ .



Then I found Tarbiah Sentap Vlog by Ustaz Adnin Roslan bertajuk #EnsiklopediaHiburan
 
 
  
 
Apakah hukum hiburan?
Adakah salah kita berhibur?
Bolehkah kita menonton K-Pop, drama melayu, movie barat dan sebagainya?
Segalanya terungkai persoalan dalam vlog kali ini.
 
 
Dekat dalam video nih ada jawapan untuk semua persoalan kat atas tuh. Video nih kira macam more to answering and clarifying about the hukum of berhibur so that people tak lagi keliru and selalu cakap "apa salahnya aku begitu?" "apa salahnya aku begini?" and something kinda la.
 
 
Firstly aku nak cakap, video nih best gegila and of course menyentapkan ulu jantung hati aku hahahah. Yelah apa tak sentapnya, baru je aku habis streaming lagu-lagu omputeh and ikut sekali menyanyi tak ingat dunia. Astaghfirullah semoga Allah ampunkan aku, amiin ya Rabb :")
 
 
So ini antara sedutan klip video #EnsiklopediaHiburan,-
 
 
Menjelaskan apa yg boleh and tak boleh so kita tak confuse lagi^^



Hukum asal berhibur dalam Islam



Pernah jugak camtuh kadang-kadang :"(
 
Kebiasaan orang kita nih, kalau ditegur bila buat silap mesti start nak melenting and sometimes tak nak terima pun teguran tuh kan ?
 
 
Hah! Ingat tuh hehehe^^
 
 
Sama-sama lah kita berubah kearah yang lebih baik okey uolls ? ^^ I know tak mudah nak berubah, aku sendiri pun liat gila and kadang-kadang tak dapat nak istiqomah nak berubah. That's okay, yang penting kita try and ada niat nak berubah okey ? Insya Allah akan dipermudahkan oleh Allah :)
 
 
So sesiapa yang berminat nak tengok video nih boleh tekan SINI  
Tuh je lah aku nak share dengan korang. I stop here la gaiss :)
 
 
Assalammualaikum earthlings, see ya!

Tuesday, 29 September 2015

Bulu Kucing Yang Tertanggal

   
Assalammualaikum and haiii uolls!

Now let's talk about meow^^

Comel kan meow nih ? Geramnyaaaaa tengok hihiks^^




Dulu masa aku masih kat sekolah menengah especially kat surau, aku selalu dengar orang cakap,- 

"Weh jangan aa pegang kucing tuh kang batal air wudhuk kau
and kalau tak pun,-
"Jaga kena bulu kucing tuh weh. Nanti batal air wudhuk"


So, its that true if kita touch or terkena bulu kucing masa kita tengah ada wudhuk boleh membatalkan wudhuk kita tuh ? Setiap kali aku dengar statement orang sekeliling yang bulu kucing nih boleh buat kita batal wudhuk, aku ragu-ragu sebenarnya. Tapi aku tak berapa nak amek kesahlah sebab well masa tuh aku ngek-ngok lagi and tak berapa nak peduli sangat sebab aku yakin bulu kucing tuh suci hewhew^^


Baru-baru nih aku ada terbaca satu artikel yang kawan sekolah aku share pasal hukum bulu kucing nih kat whatsapp group kitorang and aku pun copypaste lah kat sini sebab aku just nak share dengan orang lain yang tak tau pasal nih jugak macam aku dulu hihiks.

So this is the article;-

SOALAN
Apakah hukum bulu kucing yang tertanggal?

JAWAPAN
Dalam hal ini, suka saya nyatakan bahawa kucing merupakan haiwan peliharaan yang selalu berlengkar di kaki tuannya. Hal ini amat jelas dalam banyak riwayat hadis. Menurut ulama bermazhab Syafie, bulu kucing yang tercabut daripada binatang yang haram dimakan, bulu itu adalah najis. Oleh kerana kucing adalah binatang yang haram dimakan, maka bulu yang tercabut semasa kucing itu masih hidup adalah najis.

            Namun bulu kucing itu adalah najis yang dimaafkan kerana kucing adalah binatang peliharaan dan sukar untuk dikawal dan berkebarangkalian bulunya merata-rata dan sukar dikawal. Oleh itu, jika badan, pakaian atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.
            Kabshah binti Ka’ab Ibn Malik melaporkan: Pada suatu hari Abu Qatadah berada di dalam rumah, lalu saya menyediakan baginya sebekas air untuk dijadikan sebagai air wuduk. Kemudian datang seekor kucing dan ia menjilat air tersebut. Abu Qatadah membiarkan sahaja kucing itu menjilat air daripada bekas tersebut.”  Kabshah meneruskan kata-katanya, Abu Qatadah perasan yang saya memandang kepadanya lalu dia bertanya, Adakah kamu merasa pelik wahai anak saudaraku?Saya menjawab,  Ya.”  Abu Qatadah menjelaskan, Rasulullah SAW pernah bersabda, Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu.Hadis  soheh direkod oleh Imam Abu Daud, Tirmizi, al-Nasa’i, dan Ibn Majah.
            Justeru, dalam hal seperti ini adalah dimaafkan dan tidaklah menjadi perkara yang perlu diperbesarkan. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua.


Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohd al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
10 Zulkaedah 1436H bersamaan 25 Ogos 2015     




So that's all dear fellas. Aku stop sini hihi. Semoga Bermanfaat yea. Jangan lupa tegur if ada apa-apa yang silap :)

Assalammualaikum^^

Monday, 28 September 2015

Segmen Jom Tambah Follower

   
Assalammualaikum and hye earthlings :)
 
 
 
http://jmbelog.blogspot.my/2015/09/segmen-jom-tambah-follower.html
 
 
So hari nih aku ada join Segmen Jom Tambah Follower by #JMBELOG.blogspot.com .

 My beloved follower setakat nih ada #72. Terima kasih yea yang dah follow aku tuh ^^ 
Tanpa uolls siapa lah I hihihi :D

So if you guys nak join segmen tambah follower klik je banner tuh okey? 

Bye beb semua hihihi. Assalammualaikum^^

Sunday, 27 September 2015

Mood Down *epilog*

 
  Assalammualaikum and hye guys ^^


This is the next part of the last night entry that I've promised to continue semalam but end up I cannot fulfill my own promised due to my kemalasan nak menaip yang tahap giga sebab semalam aku tiba-tiba pulak hilang mood nak menaip, mood blogwalking je yang ada semalam hewhew. Silly me right ? Yeah I know hmm hmmm.


So here goes the story. 
25th september yang lalu was my birthday. So ramailah jugak kawan-kawan aku yang wish kat aku through whatsapp, wechat, insta, sms, call, kecuali fb lah sebab aku dah deactivated fb beberapa bulan yang lalu. Ofc lah aku happy sebab kira ramai jugak aa yang wish aku even orang yang aku tak pernah sangka akan wish aku pun, tetiba je diorang wish aku. I don't know lah if they wished me just like- "wish je lah, kan ex-schoolmate dulu" atau "saja nak wish. kang birthday aku, dia pulaklah yg wish". Eventho diorang wish just for fun, aku tetap rasa bersyukur and feel so glad sebab at least diorang wish. Sebab dalam ramai-ramai yang wish tuh, ada sorang lagi yang aku tunggu.


Well said guys, the one yang aku tunggu sangat tuh was my own bestfriend.


Dari detik 12 malam of 25th september tuh, memang aku dah tunggu dah dia wish. Tapi sampai ke pagi, ke siang, ke petang, ke malam pun tak jugak muncul-muncul budak sorang tuh. Hati aku dah lain macam dah tapi I comfort myself saying that maybe dia busy, or maybe dia nak jadi orang last yang akan wish aku kot. So aku tunggulah sampai ke malam. Tapi takde :"(

Still in the mood of comforting myself, aku anggap dia TERLAMPAU busy and maybe dia wish aku esok pagi. Better late than never right? So aku tunggu lagi sampai ke pagi 26th september.

Tunggu punya tunggu, dah malam dah tapi masih takde lagi wish dari dia. Bad thinking pun datang so I think maybe dia marah kat aku, and something wrong somewhere la kot. Perasaan sedih yang membuak-buak pun datang so aku tarik laptop and start membebel kat blog. Tapi tak sampai point yang kedua, mood membebel aku tetiba turn off so I stop la membebel and start blogwaking.


And guess what guys? 


Jam 7++ PM tadi my bestfriend suddenly called me and she told me that she was really sorry sebab tak sempat nak wish aku masa birthday aku hari tuh sebab masa tuh dia tengah serabut and serabai gilaaa nak mati sebab dia ada a very urgent matter, I mean, damn urgent  yang buat dia tak sempat nak toleh kiri kanan pun masa tuh. Memang dari suara dia pun aku dah tau that she really sorry sebab tak wish aku hari tuh. Banyak kali jugak aa dia sebut 'sorry', maaf' and so on. So I told her about my bad thinking and she denied. Aku rasa bersalah aa sebab fikir bukan-bukan. Just how stup*d I am huhuks :"( Then kitorang pun bercerita lah pasal bla bla and bla hewhew.


Hah ada lagi satu benda yang buat aku sedih.
For the past 5 years, aku sambut birthday aku kat asrama tau. So uolls yang pernah tinggal asrama tuh tau lah kan suasana sambut birthday kat asrama nih macam mana. Memang siryes happening gila. Aku pernah dah kena prank time birthday aku, kena tabur bedak, katil kena hias kertas wish birthday, banyak lagilah. Dah 5 tahun beb aku birthday dalam suasana camtuh. Tetiba celebrate birthday kat rumah, ofc lah aku rasa lain macam. 

Its not that I tak suka celebrate birthday kat rumah. Ofc lah aku suka gila, celebrate dengan family weh siapa tak suka kan ? Tapi aku rasa lain sikitlah, sebab biasanya ada je yang buat prank, tabur-tabur bedak kat aku and so on lah. Tiba-tiba tahun nih dah takde dah yang nak prank masa birthday aku. Sayu jugak lah hati aku masa tuh. Rindu kan ? Pasal tuh la sedih siket huhuks :")


Anyway aku happy sangat sebab finally dapat jugak aku celebrate birthday dengan family after 5 years eventho a lil' bit of sadness terkesan kat hati :") Alhamdulillah, now I'm officially 18 ^^ . May Allah bless me and all of us, amiin.


Till here guys,
Assalammualaikum and goodnight blogger(s) ^^ .

Saturday, 26 September 2015

Mood Down *prolog*

 
Assalammualaikum and hye earthlings.


Harinih dah genap 3 minggu dah aku kat rumah sempena cuti sem 1 nih. Like I said, cuti aku sebulan je, tak lama, tapi kira Alhamdulillah lah jugak sebab ada jugak geng aku yang lain cuti sem diorang tak sampai sebulan pun weh. Lebih kurang 2 minggu je diorang punya cuti sem. Kalau aku jadi diorang confirm aa aku dah meleleh dah airmata T_T .


So, I have another 1 week nak spend time puas-puas kat rumah nih sebelum sambung study balik, sebelum jadi zombie-tak-cukup-tidur lagi balik. Thinking about the '1 week' buat aku bad mood gilaa beb. Aku tak nak balik hostel! Aku nak cuti lagi huwaaaa T_T Aku nak jerit aaaaaarrrggghhh T_T .


Aku tak puas lagi cuti. Aku tak puas lagi spend time dengan family. Aku masih nak makan masakan mak aku beb *lap airmata guna hujung lengan baju*


Tapi nak buat macam mana kan? Dah nama pun student, nak tak nak kena jugak aku angkat kaki balik hostel. Ya Allah I kennnooottt T_T *nanges bawah selimut*


Beside this, ada lagi satu benda yang buat mood aku down. Tapi nanti malam siket aku cerita kat sini sebab aku ada hal nak settle jap hewhew. 


Jumpa next entry okey? Assalammualaikum ^^

Tuesday, 22 September 2015

Random post, perhaps ?

 
 
 
Assalammualaikum and hye dear readers :)


How's life guys? Being fine or vice versa? Apapun aku doakan korang happy la ye hihiks. Hmm dah berapa hari ye aku tak update new entry? Entahlah, aku pun tak perasan, apatah lagi uolls kan hihihi.


Tipulah kalau aku kata aku busy gegila sampai tak dapat nak update new entry, tapi siryes gais, line internet aku semenjak dua menjak nih macam nak manja-manja pulak yeww dengan kiteww sampai tak dapat nak balas balik 'kunjungan hormat' uolls kat blog beta nih hihihi. Takpe-takpe uolls jangan risau *sapelah yg nak risau perasan je lebih aku nih* nanti beta akan 'mencemar duli' and balas balik kunjungan uolls okey? Insya Allah esok aku jalan-jalan la singgah blog korang yang cantik-cantik tu ye hihihi.


So tak lama lagi raya korban kan, uolls? Dah beli lembu, kambing, or whatever binatang berkaki empat yang nak dikorban ke? Dah asah alat korban? Excited nak sambut hari raya korban? Hihihi.


Aku nak pesan kat korang yang spesies takut tengok darah and spesies manusia yang tak boleh tengok haiwan kena sembelih terus meleleh airmata macam air terjun tuh, takyah la nak poyo acah-acah berani nak tengok haiwan korban tuh kena sembelih ye? Silap-silap nanti awak pulak yang pengsan kat situ nanti hehehe.


So I stop bebel here guys. Chaw dulu ye?
Assalammualaikum and goodnight uolls :) See ya !


Saturday, 19 September 2015

Mereput Lagi (?)

 
  Assalammualaikum uolls.


Honestly guys, aku takde idea nak bebel apa sebenarnya malam nih sebab, well, yelah aku nih nama je tengah duk cuti semester tapi kerja aku mereput je kat dalam rumah nih. Nak lepak, kawan aku semua masih kuliah. Budak matriks pun belum cuti lagi nih. Plus, aku tengah pokai sekarang nih hahaha. 


Nak kerja pun tak boleh sebab cuti pun tak sampai sebulan, mestilah aku nak spend time kat rumah kan kan kan, End up aku pun carilah pelosok-pelosok kat rumah nih yang boleh dibuat tempat mereput.  Last-last aku dapati ruang tamu rumah nih la tempat paling sesuai sekali nak dibuat tempat untuk aku mereput selama sebulan nih hihihi. Lagipun I'm not the kind of person yang suka terperuk kat dalam bilik sorang-sorang, sebab aku tak suka sunyi-sunyi.


Tapi tapi tapiiiii, kalau aku nak mereput lama-lama pun tak boleh jugak tau sebab confirm mak aku mesti bebel punyalah kalau kerja aku makan minum tidur tengok tv and tercongok depan laptop je kan hehehehe. So aku ambil keputusan untuk ikut mak aku kemana je dia pergi tak kiralah dia pergi hantar adik-adik aku pergi sekolah ke, dia nak pergi pasar ke mana-mana je lah, mesti aku sibuk menyendeng nak ikut.


Aku suka cuti-cuti nih, sebab aku suka nak balik rumah. Tak kesahlah aku kena mereput berapa bulan pun janji aku dah jejak rumah.  Biarlah bosan melanda sekalipun, janji aku kat rumah dekat dengan mak and bapak and adik perempuan aku and those raksasa dua ekor *refer to adiks lelaki aku* hahahaha.


Masa sekolah menengah dulu pun, asal je aku dengar ada cuti dua hari ke sehari ke, aku akan jadi antara orang yang tergopoh-gapah pack beg nak balik. Tak tau pulak perangai gila tuh terbawak sampai dah jadi siswi hihihi. 



Orang kata aku homesick.


Betul la tuh beb. Sebab pernah last year kan, masa kitorang tengah SPM, kan ada gap a few days before we continue the next paper, masa tuh aku dengan rakan seperjuangan (partner in crime sebenarnya) curi-curi balik tanpa izin. Kawan aku tuh pun sama je gilanya, ada homesick jugak, cumanya dia tuh kepala konkrit plus ting-tong tak pernah nak mengaku dia tuh homesick hahahaha. 


The worst part is, kitorang kantoi balik tanpa izin oleh warden and PK. HEM sekolah kitorang weh ! Tau je la, kalau kat asrama nih ada je kaki-kaki yang suka sangat nak report kat guru kan. Back then I was really scared yet bengang gila siot dengan orang yang buat kitorang kantoi tuh. Sempat jugak aku bersumpah nak tarik tudung dia once aku sampai asrama nanti hahahaha tapi last-last aku tak buat jugak sebab tak sampai hati.
 
 
So selama beberapa hari kat rumah masa tuh, hati aku amatlah tak tenang. Mak masak sedap pun aku rasa pahit je nak telan tapi aku habiskan jugaklah dua pinggan hihihi. Then when the times come, aku dengan kawan aku pun baliklah ke asrama dengan hati yang pasrah nak kena marah ke kena rotan ke kena apa ke, kitorang pasrah-sepasrah-pasrahnya. And guess what ? Nothing happened guys, nothing. Alhamdulillah, warden kitorang takde pulak nak panggil kitorang and nak marah kitorang. Kira macam dia let go jelah kes tuh hihihi. Alhamdulillah sangat-sangat. 


Ingatkan lepas kena kantoi masa tuh terus nak insaflah. Tapi lepastuh aku buat lagi, lagi, lagi dan lagi hahahahahaah. Masya Allah betapa nakalnya aku dulu. Semoga Allah ampunkan, Amiin.

So aku stop kat sinilah okey. Nanti sambung bebel lagi hihiks. Byebye!





Friday, 18 September 2015

I M P I A N // D R E A M S//

 
  Assalammualaikum guys.


So earthlings, like usual I can't sleep. Then tarik laptop and jari start menggatal nak menaip.




I know semua orang ada plan, impian, cita-cita uolls masing-masing kan ? Well guys, aku pun ada. Manusia kot, mustahillah ada yang tak pernah make a plan. Even kalau kau nak ke tandas pun mesti kau secara tak sengaja plan dulu nak ke tandas kan ? Tak payah nak kelentong tak pernah buat hahaha. 


Somehow not all the plan will turn out well. 

Macam aku.
Masa kecik-kecik dulu cita-cita aku nak jadi arkitek. Turn out I was really bad in mathematics and anggap that subject as a disaster to me. Tapi alhamdulillah I managed to get a good result for my maths, biarpun dulu dalam kelas selalu cikgu maths jerit nama penuh aku dari depan kelas sebab aku dah letak kepala atas meja, nasib je tak berliur kahkahkah. Nama full beb, NAMA FULL. Mak aku kata kalau orang jerit nama penuh kita means dia dah bengang gila lah tuh. Betul ke ? Hahahaha



Lepas aku sedar diri yang maths aku teruk gila, aku tukar cita-cita nak jadi, hmm, tak kiralah pegawai ke officer ke whateverlah yang penting dibawah Jabatan PERHILITAN. Tapi mak aku tak berapa nak setuju aku nak jadi ahli PERHILITAN, sebab dia tak yakin aku sanggup masuk hutan and berjumpa dengan musuh ketat aku,- kumbang, lipas, ulat bulu, lintah and yang sewaktu dengannya. Eih sebut nama natang tuh pun aku dah geli yeiks. Aku siryes weh nak jadi ahli PERHILITAN. Tapi dah mak macam dah bagi hint-hint dia nak aku sambung bidang agama, aku diamlah.


Then aku give up nak plan. Aku doa je mintak Allah bagi yang terbaik. Sebab aku takut salah buat pilihan.



A few weeks after result SPM keluar, I got temuduga untuk sambung belajar in Islamic Studies. Demi mak aku, aku pergilah interview. Ada jugak aku ter'doa' supaya aku kena reject interview kali nih. Tapi bila fikir balik my mak hopes, cepat-cepat aku cancel 'doa' dalam hati aku tuh. Aku tak nak jadi anak derhaka beb, tak berkat hidup dunia akhirat.



Then aku lulus interview tuh. Terkejut jugak aku sebab masa interview tuh, aku dengan kawan aku partner, so kitorang hentam je jawab soalan yang interviewer tuh bagi kahkahkah. So I think that is the answer for my du'a.



A few days sebelum pergi mendaftar, datang pulak tawaran for UPSI, Diploma In English.


Masa tuh aku macam nak menjerit sampai pecah tekak, kau tau. Aku stress gila, rasa nak hempas kepala pergi dinding pun ada. Tawaran tuh datang lambat guys, kalau tak ofc aku dah pilih course tuh !


Seeing my jerk face, my mak pun tegur sikap aku yang amatlah tak baik tuh. And so, mak bagi aku freedom in choosing what I want to be,- and I decided to be what my mak wish I would be.


Aku tau kita tak boleh nak ber'kalau'. Maybe ada hikmah kenapa I was choosen being a student in Islamic Studies.


Lepas ketuk kepala dua tiga kali, then I've come to my senses. Dah dapat terima hakikat yang aku nih pelajar agama. Being a Islamic Studies student was not a bad thing btw. Its a very good thing yang aku sepatutnya kena bersyukur.


Apapun kita doalah yang terbaik for all of us, okay ? Well guys, perhaps we hate a thing and it is good for us, and love a thing that is bad for us right ? Kita sabar je dulu.
I know its a thing that,- "senang je kau suruh aku sabar and terima hakikat, kau bukannya tau pun apa aku rasa". Dear, pasal aku fahamlah aku bercakap. I've been through it for almost more than 100x times.


Allah is the best planner guys. Have a faith je sayang. Insha Allah lah kita dapat yang terbaik.

So tuh je aku nak bebel kali nih. Aku penat.



Goodnite earthlings sekalian. Assalammualaikum.




Thursday, 17 September 2015

Lepak Dengan Adik

 
  Assalammualaikum and hai earthlings.


Okey actually benda nih aku nak post semalam. Tapi line internet aku down gila beb semalam so aku tak dapat langsung nak bukak blog and insta. Whatsapp dengan wechat memang aku tak bukak sebab aku nak enjoy cuti semester aku kali nih. Kononnya nak spending quality time with familylah. Kononnya lah *tangan kanan buat macam emoji budak pompuan baju pink*. Last-last bukak jugak insta dengan blog hahahaha.


Kelmarin kan cuti sekolah sempena hari Malaysia, so adik aku bawak aku keluar jalan-jalan. At first aku fikir nak pergi sambut hari Malaysia, rupanya nak bawak aku lepak tengok movie. Sebagai kakak yang baik dan mithali, aku pun tunaikanlah hajat dia kihkihkih.


 At first we choose to watch Make Me Shudder 3 since aku minat gila tengok wayang tuh kan. Same goes with my sister. Well, thailand movies memang syok jugak tau.


Unfortunately kitorang lewat 15 minit, sedih jugaklah sebab terlepas nak tengok wayang tuh. Nak merajuk pun tak boleh sebab kakak kaunter tuh bukan nak peduli pun kan aku merajuk ke apa. Then oleh sebab malas nak sedih lama-lama so we choose The Maze Runner 2. Movie nih pun best jugak tau, aku recommend nih kat uolls kira bestlah movie tuh weh siryes hehehe.


Kitorang ada 45 minit sebelum movie start. So kitorang pun jalan-jalanlah satu mall tuh. Yang murah-murah kitorang beli, yang mahal kita tengok je, window shopping omputeh kata. 


Done tengok movie, kitorang terus pergi lepak kejap kat starbucks.

Abang starbucks salah tulis nama tuh. Apa eja nama orang yeak ? Hmmm

Duduk lepak kejap je. Dah snap beberapa biji gambar then kitorang pun blah nak balik rumah sebab kalau pulang lambat kang mak marah pulak kan. Nanti siapa yang kena bebel lebih ? Aku lah. Siapa yang kena bash lebih ? Aku jugak . Sebab apa aku pulak yang kena ? Beb, aku kakak, aku anak sulung, ofc lah aku yang kena. Hmm hmm aku kakak baik so tak nak kena bebel kena lah balik awal.


So that's all lah cerita untuk semalam. Nanti aku bebel lagi.

Salam alaykh guys.  


P/S : Aku nak pesan awal-awal kat uolls yang nak tengok The Maze Runner 2 tuh, readylah bawak kapak ke parang ke pergi attack girlfriend slash heroin cerita tuh sebab setakat nih watak heroin tuh yang paling ramai orang menyampah tau hihihi.

Tuesday, 15 September 2015

Di Halaman Rindu

 
Assalammualaikum and hai uolls. 


Tadi aku bukak majalah sekolah yang aku dah kumpul dari aku form 1 sampailah aku form 4. Well, majalah sekolah form 5 aku belum dapat lagi sebab aku malas nak pergi sekolah sorang-sorang hihiks. Tengah syok belek-belek majalah tuh, tetiba pulak aku rasa sayu semacam.


R I N D U.


Yes, aku rindu zaman sekolah menengah.  
Aku rindu pakai baju kurung putih + skirt biru muda.
Pakai tudung berlencana sekolah, dgn tag nama warna merun.
Pakai kasut PVC hitam tuh.
Pakai beg yang kena bagi free, for exp,- beg Karnival Jom Masuk U.
And yang paling tak logik, aku rindu makanan dewan makan *nasi lemak terutamanya*.


Padahal masa kat sekolah dulu, aku selalu doa mintak kat tuhan supaya masa cepat berlalu so that I can leave that school cepat-cepat.  And I used to promised myself a very stupid promise,- “Lepas keluar dari sekolah nih, sumpah aku tak nak lagi jejak kaki kat sini”.


Dan harinih aku rasa aku bong*k betullah sebab buat janji bukan-bukan camtuh.


Everytime I watch the video graduasi 1014, airmata aku syok je meleleh. Actually aku nak delete dah video tuh harituh, eventually aku tak jadi nak padam sebab adik aku kata, even aku buang sekalipun video tuh, doesn’t mean aku tak akan rindu-rindu lagi.

Betullah apa adik aku cakap tuh.

Biarpun aku dah delete semua gambar and video and such thing yang ada kena mengena dengan zaman sekolah menengah, memori takkan hilang kan ? Tetap jugak melekat kat dalam kotak memori aku. Lainlah kalau aku *nau’zubillah minzalikh* eksiden ke, terus amnesia. Aku tak nak jugak eksiden just because nak kasih hilang memori. Kalau mati lepas eksiden, tak ke naya diri sendiri ?


Apa jadi sekalipun, zaman sekolah menengahlah antara zaman yang takkan aku lupa.


Mustahillah aku nak lupa tempat yang I used to called – PENJARA. Duh menyesal pulak gelar asrama macam-macam dulu tau. Rasa bersalah pun ada nih hehehe.


Btw, thank you so much SMK Agama Tun Ahmadshah, sebab dah ajar aku banyak benda.
Ajar aku tentang cara hidup sebagai hamba ALLAH,
Tentang dunia fana,
And also about the akhirat.


So that’s all for tonight. Nak sambung sesi rindu-merindu nih ceh hahaha.

Goodnight and salam alaykh guys.

Insomnia

 
 Assalammualaikum w.b.t and hai guys !


Harinih macam biasalah, aku memang tak dapat lelap. FYI, aku ada penyakit insomnia. Tau tak insomnia tuh natang apa ? Hah, insomnia nih sejenis penyakit *pandai aku je cakap penyakit kan* yang buat someone tuh susah nak tidur. Senang cakap, memang ada masalah nak tidur malam lah. Kalau uolls nak tau lebih lanjut, silalah bertanya kepada Encik Google atau Cik Yahoo okey hehehe.

Nak dijadikan cerita, aku nih memang hampir tiap-tiap malam lah terpaksa jadi sukarelawan tercongok depan tv. Tau-tau jelah, kalau dah larut malam cenggini mana ada wayang or channel best lagi kan nak tengok. Kadang-kadang adalah channel yang suka sangat nak pasang wayang hantu tengah-tengah malam nih. Naik jugak aa bulu roma aku hahahah. Yelah, aku nih kalau bab hantu bukan terer sangat macam adik aku. Okey je kalau tengok ramai-ramai, tapi kalau dah tinggal aku sorang je kat depan tv nih, nanti ada pulak yang temankan aku, betul tak ?

Pernah jugak aku try minum susu anlene, dutch lady and so on tuh, tapi tak pernah jugak dapat tidur awal. Tetap jugak jadi kelawar. 

Harituh aku ada mengadu kat mak aku pasal insomnia aku nih. Aku ingatkan aku mengadu nasib kat dia, adalah dia nak tolong bawak jumpa doktor ke apa ke, rupanya aku dapat tazkirah free.

"Mak, kenapa susah sangat akak nak lelap ? Kalau akak tidur awal, jam 2 atau jam 3 mesti akak terbangun balik."
"Hmm, tuh maknanya Allah nak suruh akak solat sunatlah tuh, buat amal ibadah. Takkan nak tidur je memanjang kan? Kalau dah terbangun, pergilah ambil wudhu, solat ke baca Quran ke."

Dan aku hanya tersengih, taktau nak kata apa.

Somehow I know apa yang mak cakap tuh ada betulnya. Tak salah kot kalau I just do the 'midnight ibadah' tuh. Bukannya keluar peluh and modal pun kan ? 

So thanks to my mak sebab bagi ilham and Insha Allah, brilliant answer for my questions.

Sampai sini jelah aku membebel okey ? Lain kali aku bebel lagi. Selamat malam and assalammualaikum uolls.

Monday, 14 September 2015

Speechless

 Assalammualaikum manusia sekalian . 


Okey, aku siryes tak dapat nak lelap. Tadi aku tak dapat lelap sebab aku lapar. Sekarang ? Entah aa. Then, tengah-tengah duk renung siling tuh, tetiba aku rasa nak post something.

And now, bila dah sentuh keyboard, type-delete , type-delete, type-delete tak habis-habis. Aku nih dah kenapa sebenarnya ? Dah tingtong ke ? 

WHAT THE ? @#$%&#@%$ ???

Honestly speaking, actually there's something in my heart yang aku nak bagitau semua orang tapi aku taktau macam mana nak cakap. Nak taip amende pun aku dah taktau. 

Rasa macam nak jerit kuat-kuat and let everybody know what I was thinking about.

Somehow aku bukan jenis orang yang, bila ada masalah terus nak mengadu dengan mak bapak aku. Aku lebih suka simpan sendiri sebab aku kalau boleh nak share citer yang best-best je dengan parents aku. 

So selagi aku boleh simpan, aku simpanlah. Nanti kalau aku dah tak tahan pandai-pandailah aku settle sendiri hati aku nih hahahaha.

Well, aku bukan takda kawan yang boleh dengar citer aku, tapi, well, you know, I do have a disease called 'susah-nak-percaya-orang'. Bukan tak percaya kawan, tapi kadang-kadang yang paling rapat tuh yang paling bahaya, kan ? 

Biasalah, manusia. Nama pun dah manusia kan.

There's a few of my friends that I believe the most, yang aku yakin takkan pecahkan rahsia aku biarpun mulut dia tuh mulut puaka and otak pun tak berapa nak betul. But still, aku tak ready lagi nak citer masalah nih kat diorang sebab aku takut nanti diorang pun ikut terbeban dengan masalah aku nih atau dalam erti kata lain,- 'inffected'

Aku rasa masalah aku kali nih, lain macam sikit aa.

Aku rasa macam berat sangat. Tahap berat sampai airmata pun tak boleh nak meleleh dah sekarang nih. Tahan tak kedip mata biar bagi mata berair pun tak jadi jugak. Tetap jugak airmata tuh degil tak nak turun.

And so, I have to share this problem with someone. But who ?

So, I go back to the fitrah manusia;- cari tuhan. 
Aku tau, masa-masa macam nih lah yang selalu buat aku, buat semua manusia ingat balik kat tuhan, Allah SWT. 

Malu jugak aku, yelah, aku nih bila ada masalah baru nak ingat kat Allah, baru nak cari Allah. Maybe Allah sengaja bagi aku ujian macam nih supaya aku lagi dekat kat DIA kan ? 

Yang aku tau, Allah je yang faham apa yang aku rasa, fikir dan alami sekarang nih.

Semoga Alah permudahkan segala urusan kita, didunia dan diakhirat, Insha Allah.
Semoga Allah lapangkan balik hati, tenangkan balik otak aku yag dah serabut mengalahkan hutan tropika tuh, Amiin ya Rabbal A'lamiin.

So gaiss, sampai sini jelah aku membebel kali nih. Selamat malam sayang sekalian, assalammualaikum.

Sunday, 13 September 2015

Delete And Move On

                       
Assalammualaikum dan salam barakah uolls . 


Tengah buat apa tuh ? Ofc lah tengah baca blog orang kan, takkan tengah mandi pulak hahahaha. Okey abaikan aku gila sekejap.

Okey, uolls perasan tak aku dah delete semua post lama ? Opss, manalah nak perasan kan korang bukannya nak stalk aku duapulohempat jam kan hmmm hmm.  Okeylah abaikan kegilaan itu sekali lagi. Nak dijadikan citer, aku memang dah delete semuanya sebab, well, bukan apa, aku dah nekad nak move on, dah tak nak fikir pasal masa lalu dah.  Tak nak meleleh airmata fikir pasal benda dah lepas.

FYI, aku delete post lama, kata nak move on bagai tak bermakna aku lupakan semua kenangan aku okey ? Maksud aku nih, aku nak bina hidup baru. Aku nak berjaya dulu, Insya Allah nak pegang sijil Master dulu hah barulah aku toleh balik kebelakang nak tengok masa silam aku hahahahahaha.

Aku ada cita-cita besar. Kalau boleh aku nak capai dulu semua apa yang aku dah plan (semoga Allah izinkan). I have a very big-big-big dreams that i have to make it become true so people tak akan kata aku macam-macam. Well, aku tau kita tak payah nak peduli apa orang kata, tapi telinga aku nih kadang-kadang pandai bernanah jugak aa kalau aku terdengar orang cakap buruk pasal aku hehehe.

Okeylah uolls, aku dah penatlah nak membebel *menaip je pun kan* hahahah.

Selamat malam sayang sekalian . May Allah Bless Us, Amiin :)