Old Memories

01:22:00

   
Assalammualaikum and hye blogger(s) yang tengah baca entry nih.


Its twelve-thirteen midnight now and macam biasa aku tak dapat lelap macam manusia normal yang lain uhuks sodehh. Oleh sebab tak dapat nak lelap so aku selongkarlah the old pictures of mine kat dalam laptop kesayangan aku nih. Selongkar punya selongkar, then I found this,-
*from left* Ayu Grande, Ana Cyrus, E-cat, and ofc ME :)


FYI gaiss, this is one of my *MASTERPIECE* sepanjang lima tahun aku hidup as a student. Kalau nak upload semua masterpiece yang aku ada, sampai tahun depan pun tak habis okey hahaha. That picture was taken masa kitorang tengah SPM last year. Oleh sebab kitorang nak release tension, so we decided to curi-curi tidur luar daripada kawasan asrama kitorang. You gaiss yang tinggal asrama mesti tau rules kat asrama nih macam mana kan? For example,- WAJIB keluar subuh sebelum azan berkumandang, WAJIB itu lah, WAJIB ini lah, blablabla and ofc sebelum pukul sebelas malam dah WAJIB kena masuk asrama right? So apa yang kitorang buat masa tuh kira salah lah. Tak tau lah kalau asrama uolls rules dia lain, but our school, memang cenggituh lah peraturan dia.


Tapi faham-faham je lah, kalau tengah-tengah duk sibuk exam SPM nih, peraturan dah tak ketat SANGAT macam selalu dah. Dah kira macam ada kelonggaran siiiikkiitt lah. Sikit jelah, tak banyak mana pun uhuks. So masa tuh jenayah memang amat berleluasa. So you gais yang masih sekolah tuh, tolong jangan ikut perangai tak baik sis nih okey? Sila ambil ini sebagai pengajaran hewhew. Hashtag #sistaubat #sisnasihat. Tapi uolls tau tak that actually budak-budak nakal zaman sekolah nih banyak pengalaman hidup? If you nak percaya, go on. Kalau tak, takpe lah hahaha. Aku bercakap ikut pengalaman aku je. Tapi aku tak suruh korang jadi budak jahat okey? JAHAT dengan NAKAL ada beza tau. Jauh gilos bezanya tuh. Jangan salah faham pulak yea hahahaha.


The main point yang aku nak cakap sebenarnya, aku tak boleh kalau sehari tak rindu kenangan-kenangan lama aku. Aku rindu semua kerja-kerja gila yang aku pernah buat dengan kawan-kawan sekolah menengah aku dulu. Bukan maksud aku kawan sekarang nih tak best, sumpah aku takde maksud pun macam tuh. Tapi ada beza kawan dulu dengan sekarang. Aku rindu nak buat kerja gila dengan diorang dulu. Aku rindu buat bising masa prep malam dengan classmates aku. Aku rindu nak 'bersubahat', nak buat kacau dengan geng 'Blacks-NG' aku. Aku rindu letupkan suis asrama dengan geng kepala gila aku. Aku rindu batch 1014 sekolah aku. Tapi masing-masing pun dah ada haluan masing-masing right? Dah besar dah anak mak nih uhuks *lap air hidung guna hujung lengan baju*


Apa yang aku tak rindu pasal sekolah menengah nih? Takde apa yang aku tak rindu gaiss. Semuanya aku rindu. Aku tak tipu. Sumpah, aku rindu diorang semua sebab semua pun kepala gila jugak. Tapi takkan hari-hari aku nak kena bagitau diorang yang aku rindu gilaa kat diorang semua? Sah-sah lah diorang tak nak percaya T_T


Aku pernah jugak try nak buat kerja-kerja gila nih sorang-sorang. Tapi tak menjadi macam dulu dah gaiss. Aku tak boleh buat kerja gila bila diorang takde. Lain jadinya huhuhu.

My school uniform

That is one of my school uniform yang kawan-kawan aku dah conteng. Kat skirt sekolah aku pun ada jugak diorang conteng, tapi tak sempat aku nak snap a picture, mak aku dah TER-buang dah skirt tuh. Masuk seminggu jugaklah aku menangis gara-gara skirt tuh. Hmm, okey tuh tipu. Kira 3 hari camtuh lah hihiks tak sampai seminggu pun, but hellooooo, nanges tiga hari pun tired what? Right? Hahahaha okey ignore me.


So gaiss, is it wrong aku nak rindu diorang tiap-tiap hari? Is it bad that I still can't move on dari kenangan lama aku? Orang lain dah lama move on.  Its not that, aku sengaja tak nak move on. But they are just incredibly awesome and great so that I can't easily forget them uhuks I wanna cry now *kesat airmata*.


Sorrylah lately nih post aku jejiwangss siket. Hormon emosi aku tengah tahap kritikal so aku tak mampu nak control hehehe.


Cukuplah aku bebel setakat nih je. Nanti bebel lagi menyampah pulak uolls kan hewhew I lebiu gaiss so I tak nak uolls menyampah. Tapi kalau nak menyampah jugak takyah lah kat sini okey? Pergi main jauh-jauh hahahaha okey I gurau je chills okey hahaha.


Goodnight earthlings. Assalammualaikum^^

You Might Also Like

0 Nerds

Thanks for reading. Do leave a comment 💕

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images