Mereput Lagi (?)

00:52:00

 
  Assalammualaikum uolls.


Honestly guys, aku takde idea nak bebel apa sebenarnya malam nih sebab, well, yelah aku nih nama je tengah duk cuti semester tapi kerja aku mereput je kat dalam rumah nih. Nak lepak, kawan aku semua masih kuliah. Budak matriks pun belum cuti lagi nih. Plus, aku tengah pokai sekarang nih hahaha. 


Nak kerja pun tak boleh sebab cuti pun tak sampai sebulan, mestilah aku nak spend time kat rumah kan kan kan, End up aku pun carilah pelosok-pelosok kat rumah nih yang boleh dibuat tempat mereput.  Last-last aku dapati ruang tamu rumah nih la tempat paling sesuai sekali nak dibuat tempat untuk aku mereput selama sebulan nih hihihi. Lagipun I'm not the kind of person yang suka terperuk kat dalam bilik sorang-sorang, sebab aku tak suka sunyi-sunyi.


Tapi tapi tapiiiii, kalau aku nak mereput lama-lama pun tak boleh jugak tau sebab confirm mak aku mesti bebel punyalah kalau kerja aku makan minum tidur tengok tv and tercongok depan laptop je kan hehehehe. So aku ambil keputusan untuk ikut mak aku kemana je dia pergi tak kiralah dia pergi hantar adik-adik aku pergi sekolah ke, dia nak pergi pasar ke mana-mana je lah, mesti aku sibuk menyendeng nak ikut.


Aku suka cuti-cuti nih, sebab aku suka nak balik rumah. Tak kesahlah aku kena mereput berapa bulan pun janji aku dah jejak rumah.  Biarlah bosan melanda sekalipun, janji aku kat rumah dekat dengan mak and bapak and adik perempuan aku and those raksasa dua ekor *refer to adiks lelaki aku* hahahaha.


Masa sekolah menengah dulu pun, asal je aku dengar ada cuti dua hari ke sehari ke, aku akan jadi antara orang yang tergopoh-gapah pack beg nak balik. Tak tau pulak perangai gila tuh terbawak sampai dah jadi siswi hihihi. 



Orang kata aku homesick.


Betul la tuh beb. Sebab pernah last year kan, masa kitorang tengah SPM, kan ada gap a few days before we continue the next paper, masa tuh aku dengan rakan seperjuangan (partner in crime sebenarnya) curi-curi balik tanpa izin. Kawan aku tuh pun sama je gilanya, ada homesick jugak, cumanya dia tuh kepala konkrit plus ting-tong tak pernah nak mengaku dia tuh homesick hahahaha. 


The worst part is, kitorang kantoi balik tanpa izin oleh warden and PK. HEM sekolah kitorang weh ! Tau je la, kalau kat asrama nih ada je kaki-kaki yang suka sangat nak report kat guru kan. Back then I was really scared yet bengang gila siot dengan orang yang buat kitorang kantoi tuh. Sempat jugak aku bersumpah nak tarik tudung dia once aku sampai asrama nanti hahahaha tapi last-last aku tak buat jugak sebab tak sampai hati.
 
 
So selama beberapa hari kat rumah masa tuh, hati aku amatlah tak tenang. Mak masak sedap pun aku rasa pahit je nak telan tapi aku habiskan jugaklah dua pinggan hihihi. Then when the times come, aku dengan kawan aku pun baliklah ke asrama dengan hati yang pasrah nak kena marah ke kena rotan ke kena apa ke, kitorang pasrah-sepasrah-pasrahnya. And guess what ? Nothing happened guys, nothing. Alhamdulillah, warden kitorang takde pulak nak panggil kitorang and nak marah kitorang. Kira macam dia let go jelah kes tuh hihihi. Alhamdulillah sangat-sangat. 


Ingatkan lepas kena kantoi masa tuh terus nak insaflah. Tapi lepastuh aku buat lagi, lagi, lagi dan lagi hahahahahaah. Masya Allah betapa nakalnya aku dulu. Semoga Allah ampunkan, Amiin.

So aku stop kat sinilah okey. Nanti sambung bebel lagi hihiks. Byebye!





You Might Also Like

2 Nerds

  1. Huhu.. mmg mereput gap seminggu tuu.. huhu

    Jemput join
    birthday giveaway mimin ni tau ^.^ ada hadiah menarik untuk anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. heehee aah mereput gila seminggu tuh hahaha. Thanks :)

      Delete

Thanks for reading. Do leave a comment 💕

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images