Thursday, 17 September 2015

Lepak Dengan Adik

 
  Assalammualaikum and hai earthlings.


Okey actually benda nih aku nak post semalam. Tapi line internet aku down gila beb semalam so aku tak dapat langsung nak bukak blog and insta. Whatsapp dengan wechat memang aku tak bukak sebab aku nak enjoy cuti semester aku kali nih. Kononnya nak spending quality time with familylah. Kononnya lah *tangan kanan buat macam emoji budak pompuan baju pink*. Last-last bukak jugak insta dengan blog hahahaha.


Kelmarin kan cuti sekolah sempena hari Malaysia, so adik aku bawak aku keluar jalan-jalan. At first aku fikir nak pergi sambut hari Malaysia, rupanya nak bawak aku lepak tengok movie. Sebagai kakak yang baik dan mithali, aku pun tunaikanlah hajat dia kihkihkih.


 At first we choose to watch Make Me Shudder 3 since aku minat gila tengok wayang tuh kan. Same goes with my sister. Well, thailand movies memang syok jugak tau.


Unfortunately kitorang lewat 15 minit, sedih jugaklah sebab terlepas nak tengok wayang tuh. Nak merajuk pun tak boleh sebab kakak kaunter tuh bukan nak peduli pun kan aku merajuk ke apa. Then oleh sebab malas nak sedih lama-lama so we choose The Maze Runner 2. Movie nih pun best jugak tau, aku recommend nih kat uolls kira bestlah movie tuh weh siryes hehehe.


Kitorang ada 45 minit sebelum movie start. So kitorang pun jalan-jalanlah satu mall tuh. Yang murah-murah kitorang beli, yang mahal kita tengok je, window shopping omputeh kata. 


Done tengok movie, kitorang terus pergi lepak kejap kat starbucks.

Abang starbucks salah tulis nama tuh. Apa eja nama orang yeak ? Hmmm

Duduk lepak kejap je. Dah snap beberapa biji gambar then kitorang pun blah nak balik rumah sebab kalau pulang lambat kang mak marah pulak kan. Nanti siapa yang kena bebel lebih ? Aku lah. Siapa yang kena bash lebih ? Aku jugak . Sebab apa aku pulak yang kena ? Beb, aku kakak, aku anak sulung, ofc lah aku yang kena. Hmm hmm aku kakak baik so tak nak kena bebel kena lah balik awal.


So that's all lah cerita untuk semalam. Nanti aku bebel lagi.

Salam alaykh guys.  


P/S : Aku nak pesan awal-awal kat uolls yang nak tengok The Maze Runner 2 tuh, readylah bawak kapak ke parang ke pergi attack girlfriend slash heroin cerita tuh sebab setakat nih watak heroin tuh yang paling ramai orang menyampah tau hihihi.

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading. Do leave a comment 💕