Insomnia

by - 2:05 am

 
 Assalammualaikum w.b.t and hai guys !


Harinih macam biasalah, aku memang tak dapat lelap. FYI, aku ada penyakit insomnia. Tau tak insomnia tuh natang apa ? Hah, insomnia nih sejenis penyakit *pandai aku je cakap penyakit kan* yang buat someone tuh susah nak tidur. Senang cakap, memang ada masalah nak tidur malam lah. Kalau uolls nak tau lebih lanjut, silalah bertanya kepada Encik Google atau Cik Yahoo okey hehehe.

Nak dijadikan cerita, aku nih memang hampir tiap-tiap malam lah terpaksa jadi sukarelawan tercongok depan tv. Tau-tau jelah, kalau dah larut malam cenggini mana ada wayang or channel best lagi kan nak tengok. Kadang-kadang adalah channel yang suka sangat nak pasang wayang hantu tengah-tengah malam nih. Naik jugak aa bulu roma aku hahahah. Yelah, aku nih kalau bab hantu bukan terer sangat macam adik aku. Okey je kalau tengok ramai-ramai, tapi kalau dah tinggal aku sorang je kat depan tv nih, nanti ada pulak yang temankan aku, betul tak ?

Pernah jugak aku try minum susu anlene, dutch lady and so on tuh, tapi tak pernah jugak dapat tidur awal. Tetap jugak jadi kelawar. 

Harituh aku ada mengadu kat mak aku pasal insomnia aku nih. Aku ingatkan aku mengadu nasib kat dia, adalah dia nak tolong bawak jumpa doktor ke apa ke, rupanya aku dapat tazkirah free.

"Mak, kenapa susah sangat akak nak lelap ? Kalau akak tidur awal, jam 2 atau jam 3 mesti akak terbangun balik."
"Hmm, tuh maknanya Allah nak suruh akak solat sunatlah tuh, buat amal ibadah. Takkan nak tidur je memanjang kan? Kalau dah terbangun, pergilah ambil wudhu, solat ke baca Quran ke."

Dan aku hanya tersengih, taktau nak kata apa.

Somehow I know apa yang mak cakap tuh ada betulnya. Tak salah kot kalau I just do the 'midnight ibadah' tuh. Bukannya keluar peluh and modal pun kan ? 

So thanks to my mak sebab bagi ilham and Insha Allah, brilliant answer for my questions.

Sampai sini jelah aku membebel okey ? Lain kali aku bebel lagi. Selamat malam and assalammualaikum uolls.

You May Also Like

2 Nerds

  1. Replies
    1. siryes ? hahaha. saya fikir saya je yg jadi kelawar malam2 hihihi.

      Delete

Thanks for reading. Do leave a comment 💕