Tuesday, 29 September 2015

Bulu Kucing Yang Tertanggal

   
Assalammualaikum and haiii uolls!

Now let's talk about meow^^

Comel kan meow nih ? Geramnyaaaaa tengok hihiks^^




Dulu masa aku masih kat sekolah menengah especially kat surau, aku selalu dengar orang cakap,- 

"Weh jangan aa pegang kucing tuh kang batal air wudhuk kau
and kalau tak pun,-
"Jaga kena bulu kucing tuh weh. Nanti batal air wudhuk"


So, its that true if kita touch or terkena bulu kucing masa kita tengah ada wudhuk boleh membatalkan wudhuk kita tuh ? Setiap kali aku dengar statement orang sekeliling yang bulu kucing nih boleh buat kita batal wudhuk, aku ragu-ragu sebenarnya. Tapi aku tak berapa nak amek kesahlah sebab well masa tuh aku ngek-ngok lagi and tak berapa nak peduli sangat sebab aku yakin bulu kucing tuh suci hewhew^^


Baru-baru nih aku ada terbaca satu artikel yang kawan sekolah aku share pasal hukum bulu kucing nih kat whatsapp group kitorang and aku pun copypaste lah kat sini sebab aku just nak share dengan orang lain yang tak tau pasal nih jugak macam aku dulu hihiks.

So this is the article;-

SOALAN
Apakah hukum bulu kucing yang tertanggal?

JAWAPAN
Dalam hal ini, suka saya nyatakan bahawa kucing merupakan haiwan peliharaan yang selalu berlengkar di kaki tuannya. Hal ini amat jelas dalam banyak riwayat hadis. Menurut ulama bermazhab Syafie, bulu kucing yang tercabut daripada binatang yang haram dimakan, bulu itu adalah najis. Oleh kerana kucing adalah binatang yang haram dimakan, maka bulu yang tercabut semasa kucing itu masih hidup adalah najis.

            Namun bulu kucing itu adalah najis yang dimaafkan kerana kucing adalah binatang peliharaan dan sukar untuk dikawal dan berkebarangkalian bulunya merata-rata dan sukar dikawal. Oleh itu, jika badan, pakaian atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.
            Kabshah binti Ka’ab Ibn Malik melaporkan: Pada suatu hari Abu Qatadah berada di dalam rumah, lalu saya menyediakan baginya sebekas air untuk dijadikan sebagai air wuduk. Kemudian datang seekor kucing dan ia menjilat air tersebut. Abu Qatadah membiarkan sahaja kucing itu menjilat air daripada bekas tersebut.”  Kabshah meneruskan kata-katanya, Abu Qatadah perasan yang saya memandang kepadanya lalu dia bertanya, Adakah kamu merasa pelik wahai anak saudaraku?Saya menjawab,  Ya.”  Abu Qatadah menjelaskan, Rasulullah SAW pernah bersabda, Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu.Hadis  soheh direkod oleh Imam Abu Daud, Tirmizi, al-Nasa’i, dan Ibn Majah.
            Justeru, dalam hal seperti ini adalah dimaafkan dan tidaklah menjadi perkara yang perlu diperbesarkan. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua.


Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohd al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
10 Zulkaedah 1436H bersamaan 25 Ogos 2015     




So that's all dear fellas. Aku stop sini hihi. Semoga Bermanfaat yea. Jangan lupa tegur if ada apa-apa yang silap :)

Assalammualaikum^^

2 comments:

Thanks for reading. Do leave a comment 💕