Tuesday, 15 September 2015

Di Halaman Rindu

 
Assalammualaikum and hai uolls. 


Tadi aku bukak majalah sekolah yang aku dah kumpul dari aku form 1 sampailah aku form 4. Well, majalah sekolah form 5 aku belum dapat lagi sebab aku malas nak pergi sekolah sorang-sorang hihiks. Tengah syok belek-belek majalah tuh, tetiba pulak aku rasa sayu semacam.


R I N D U.


Yes, aku rindu zaman sekolah menengah.  
Aku rindu pakai baju kurung putih + skirt biru muda.
Pakai tudung berlencana sekolah, dgn tag nama warna merun.
Pakai kasut PVC hitam tuh.
Pakai beg yang kena bagi free, for exp,- beg Karnival Jom Masuk U.
And yang paling tak logik, aku rindu makanan dewan makan *nasi lemak terutamanya*.


Padahal masa kat sekolah dulu, aku selalu doa mintak kat tuhan supaya masa cepat berlalu so that I can leave that school cepat-cepat.  And I used to promised myself a very stupid promise,- “Lepas keluar dari sekolah nih, sumpah aku tak nak lagi jejak kaki kat sini”.


Dan harinih aku rasa aku bong*k betullah sebab buat janji bukan-bukan camtuh.


Everytime I watch the video graduasi 1014, airmata aku syok je meleleh. Actually aku nak delete dah video tuh harituh, eventually aku tak jadi nak padam sebab adik aku kata, even aku buang sekalipun video tuh, doesn’t mean aku tak akan rindu-rindu lagi.

Betullah apa adik aku cakap tuh.

Biarpun aku dah delete semua gambar and video and such thing yang ada kena mengena dengan zaman sekolah menengah, memori takkan hilang kan ? Tetap jugak melekat kat dalam kotak memori aku. Lainlah kalau aku *nau’zubillah minzalikh* eksiden ke, terus amnesia. Aku tak nak jugak eksiden just because nak kasih hilang memori. Kalau mati lepas eksiden, tak ke naya diri sendiri ?


Apa jadi sekalipun, zaman sekolah menengahlah antara zaman yang takkan aku lupa.


Mustahillah aku nak lupa tempat yang I used to called – PENJARA. Duh menyesal pulak gelar asrama macam-macam dulu tau. Rasa bersalah pun ada nih hehehe.


Btw, thank you so much SMK Agama Tun Ahmadshah, sebab dah ajar aku banyak benda.
Ajar aku tentang cara hidup sebagai hamba ALLAH,
Tentang dunia fana,
And also about the akhirat.


So that’s all for tonight. Nak sambung sesi rindu-merindu nih ceh hahaha.

Goodnight and salam alaykh guys.

2 comments:

  1. me too.. saya pun sependapat dengan awak. zaman sekolah adalah yg terbaik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh . sekarang nih tgk sekolah dari jauh ja smbil lap air mata guna hujung lengan baju hihihi.

      Delete

Thanks for reading. Do leave a comment 💕